Insiden mengejutkan apabila seorang warga emas yang merupakan petani maut terbunuh selepas diserang seekor harimau Sumatera di wilayah Wilayah Sumatera Selatan
Menurut polis, mangsa berusia 55 tahun diserang di ladang kopi semalam dan juga merupakan insiden serangan harimau kali ketiga yang berlaku sepanjang tempoh sebulan.
Tambahnya lagi, semasa kejadian rakan mangsa menjerit untuk memberi amaran dia didekati haiwan terbabit.
“Secara tiba-tiba, harimau tersebut menerkam mangsa tanpa disedari,” kata ketua polis tempatan, Ferry Harahap memberitahu AFP hari ini.
Serangan dahsyat itu berlaku selepas beberapa minggu seekor harimau membunuh seorang lagi peladang di Pagaralam.
Bagaimanapun, menurut laporan AFP , Pegawai agensi pemuliharaan tempatan, Martialis Puspito berkata, serangan berlaku kerana manusia menceroboh habitat haiwan terancam itu selain penduduk diberi amaran supaya menjauhi kawasan hutan.