SEORANG penceramah bebas terkenal dilaporkan ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.
Memetik laporan Berita Harian, penceramah bebas itu direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
Laporan lanjut menyusul.
Sumber: Berita Harian