Kejadian bunuh berlaku terhadap seorang peniaga getah mati dibunuh oleh dua lelaki yang merupakan warga asing yang di sebuah ladang getah di Ulu Layar, Betong, semalam.
Laporan MyMetro menyatakan, kejadian tersebut berlaku lingkungan 5.30 petang, mangsa berusia 31 tahun bersama pekerja lelaki berusia 48 tahun turut diserang menggunakan kayu dan parang.
Menurut, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din berkata, pembantu mangsa terselamat selepas berjaya menyelamatkan diri dan berlari ke arah kawasan hutan berhampiran.
Tambah beliau, pembantu itu kemudiannya dikatakan sesat di tengah hutan kerana tidak jumpa jalan keluar tetapi berjaya menemui jalan pulang selepas beberapa jam yang lalu.
Katanya, berdasarkan maklumat awal dikatakan mangsa datang ke ladang getah berkenaan bersama pekerjanya untuk membeli getah dan sebaik tiba di ladang itu, mereka terjumpa kedua-dua suspek yang kononnya ingin menjual getah.
“Pembantu mangsa kemudiannya masuk ke ladang meninggalkan mangsa kira-kira 100 meter di belakang sebelum mendengar jeritan lelaki itu.
“Dia kemudian berpatah balik dan melihat dua suspek tadi menyerang mangsa menggunakan kayu dan parang.
“Kedua-dua suspek turut menyerang pembantu mangsa sehingga menyebabkan dia cedera di tangan dan kepala.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sri Aman manakala pembantunya turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Ops Selamat Krismas 2019 di Siburan, Serian hari ini.
Bagaimanapun, Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua suspek kini diburu untuk mendapatkan bukti dan pengesahan dari mereka.
“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan kita percaya ia bukan rompakan kerana wang tunai sebanyak RM14,800 yang dibawa mangsa tidak diusik.
“Kita percaya ada motif lain dan siasatan akan dijalankan berdasarkan kepada banyak elemen,” katanya dipetik My Metro.