Jestuant Singh A/L Gopal Singh dipercayai menghilangkan diri semalam di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru.
Menurut anaknya, Balvinder Kaur Chaal A/P Jestuant Singh, 19, berkata menerima mesej dari adik perempuannya yang mengatakan bapanya hilang dalam lingkungan tiga pagi.
Tambah Bal, berkata bapanya yang berumur 63 tahun meninggalkan rumah tanpa membawa sebarang kad pengenalan serta tidak memakai selipar lalu memandu kereta miliknya.
“Saya terkejut sangat sebab bapa saya hilang. Lepas sahaja Ayah saya hilang, Mak saya terus buat laporan polis di Balai polis berdekatan tempat tinggal saya,” katanya ketika dihubungi The News.
Sementara itu, Bal juga turut berkata pihak polis di Nusa Bestari masih menjalankan siasatan terhadap bapanya yang hilang semalam serta memberi maklumat terkini kepada mereka.
Turut difahamkan, Kereta yang dipandu itu Proton Saga Aeroback berwarna biru bernombor plat JFD 5089.
Semasa dihubungi oleh The News, Bal juga berkata bapanya mempunyai masalah gangguan mental akibat terkena buatan orang.
“Sebelum ini saya difahamkan ada orang hantar sesuatu di rumah saya dan benda itu tempias ke bapa saya.”
“Selepas itu, Bapa saya banyak kali buat percubaan membunuh diri tapi tak berjaya sebab keluarga kami perasan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Bal mengharapkan bantuan pihak polis dan orang luar berjaya jumpa bapanya untuk dibawa pulang.