KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan USJKT dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS akan menjalankan siasatan penuh berkaitan kes seorang tahanan meninggal dunia, Ahad lalu.
Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, pada 31 Julai 2023, seorang lelaki berumur 50 tahun telah ditangkap bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Semasa dalam perjalanan ke IPD Marudi, orang kena tahan OKT tersebut mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
“OKT itu kemudiannya segera dibawa ke Klinik Kesihatan Beluru untuk mendapatkan rawatan,”katanya dalam kenyataan tersebut.
Namun, katanya pada pukul 10.30 malam, OKT tersebut telah disahkan meninggal dunia.
Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri pada 3 Ogos 2023 untuk mengetahui punca kematian.