Masa yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Razak, yang akan mengangkat sumpah laknat susulan kes pembunuhan seorang wanita warganega Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu hari ini.
Kemudian, Najib turut berkongsi rakaman dan gambarnya di laman Facebooknya semasa mengangkat sumpah di khalayak orang ramai.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahirrahmanirrahim.
“Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah.
“A’uzubillahi minas syaitonirojim
Bismillahirrahmanirrahim
Wallahi, wabillahi, watallahi.
“Alhamdulillah sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu,” tulisnya di laman Facebook.
Sementara itu, Beliau turut menafikan fitnah terhadap perjumpaan Najib dengan Altantuya.
“Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.
“Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, perkongsian beliau meraih lebih 800, 16,000 tanda suka serta ribuan komen dari warga netizen.