“Dua Mat Bangla rogol wanita OKU”!

Berita mengejutkan apabila dua lelaki yang dikenal pasti dari Bangladesh telah merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya di tahan oleh pasukan polis Malaysia hari ini. 

Kejadian mula merogol itu berlaku sejak September lalu akhirnya terbongkar apabila ibu kepada mangsa tersebut segera membuat laporan polis di balai Polis Selayang Isnin lalu.

Menurut Ketua Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Ibu mangsa, 57, telah membuat laporan selepas dimaklumkan kejadian oleh penyelia pasar raya di Subang Jaya. 

“Difahamkan, penyelia itu mendapat tahu mengenai kejadian apabila diberitahu rakan sekerja mangsa selepas wanita itu bercerita kepadanya,” katanya.

Turut difahamkan mangsa berusia 33, bekerja sebagai jurujual dirogol oleh dua lelaki bangla tersebut dalam stor pasar raya itu.

Sementara itu, Arifai berkata, mangsa mendakwa dirogol dua kali oleh suspek berkenaan yang juga pekerja di tempat yang sama. Perogol tersebut berusia 38 dan 23 tahun.

Bagaimanapun, menurut laporan Metro,kedua warga asing itu direman selama enam hari berakhir 8 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.