Sifat tergamak seorang bapa yang melakukan persetubuhan dan seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, hari ini.
Kemudian, tertuduh yang berusia 42 tahun itu,mengaku tidak bersalah sejurus semua tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang ketika kejadian berusia 13 tahun.
Serta tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan persetubuhan terhadap mangsa tanpa kerelaan.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 sebat jika sabit kesalahan.
Menurut laporan Berita Harian, Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Melekek, Alor Gajah, di sini, pada Februari 2017 dan 8 November 2019 lalu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Firdaus Othman tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira mangsa masih tinggal serumah bersama tertuduh dan dikhuatiri boleh mengganggu anak tirinya itu.
Dia yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar dibenarkan diikat jamin memandangkan perlu menguruskan isteri pertama bersama enam anak yang lain.
Bagaimanapun, Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, selain menetapkan 29 Januari depan tarikh sebutan semula kes.