Kejadian berlaku melibatkan 26 penumpang terbunuh selepas bas ekspres yang mereka naik itu terjatuh ke dalam gaung dan mendarat di sebuah sungai di Sumatera Selatan, Indonesia, pada malam Isnin.
Menurut Ketua Media Tempatan, Supardi berkata, bahawa kejadian berlaku terhadap bas yang dihuni 50 penumpang dari Bengkulu dan menuju ke Palembang itu tergelincir lingkungan 11 malam.
“Bas Ekspress tergelincir dan terjun ke jurang 150 meter sebelum mendarat di sungai Lematang,” katanya dipetik Bernama.
Sementara itu, Dalam masa yang sama, jumlah kematian melibatkan 26 orang, manakala selebihnya mengalami kecederaan serius.
Kemudian, turut difahamkan bahawa pihak berkuasa masih berada di tempat kejadian untuk mengalihkan mangsa yang terperangkap dan menghantarnya ke Basemah Pagar Alam Hospital.
Bagaimanapun, menurut sumber Bernama, laporan setakat ini, tiada laporan mengenai orang asing yang terlibat.