Kejadian yang dirakamkan itu menunjukkan seorang penunjuk perasaan membawa singa itu yang dirantai.
Menurut beberapa individu memetik laporan Daily Star, mereka percaya haiwan itu dibawa untuk melawan anjing polis yang digunakan dalam demonstrasi berkenaan.
Video singa itu dipercayai dirakam baru-baru ini dalam pertempuran terbaharu di kota itu.
Sejak Oktober, protes meletus di Baghdad kerana ketidakpuasan hati orang ramai berhubung kegawatan ekonomi dan rasuah.
Sehingga kini, lebih 320 individu terbunuh akibat bertempur dengan petugas keselamatan.
Pada Khamis lalu sahaja, empat individu terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera.
Demonstrasi turut berlaku di beberapa lokasi termasuklah di selatan Iraq.