Tiga maut ketika hari sambutan Krismas

Seorang wanita dan dua kanak-kanak maut pada sambutan hari Krismas semalam. Kejadian yang berlaku di Boston, Amerika Syarikat itu dikatakan berlaku apabila kesemua mangsa jatuh dari tempat letak kereta.

Kemudian, pihak berkuasa turut berkata, bahawa mangsa tersebut seakan jatuh dari atas bumbung dari tempat letak kereta di kawasan yang tinggi.

Menurut Pesuruh jaya Polis Boston, William Gross berkata, beberapa penyiasat mempunyai beberapa butiran mengenai apa yang berlaku kepada ketiga-tiga mangsa, yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan dan disahkan tidak bermaya oleh pihak hospital.

Lantas, pihak media turut menyoal semasa sidang media berlangsung, adakah ketiga mangsa tersebut membunuh diri, Namun Gross berkata, beliau tidak pasti dan tidak akan membuat sebarang kesimpulan atau cubaan untuk spekulasi keadaan.

Sehubungan itu, rakaman udara dari tempat kejadian yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan penyiasat berkumpulan di atas bumbung berhampiran sebuah kenderaan yang dalam keadaan tiga pintu terbuka. Kawasan keliling kenderaan itu sudah di kepung dengan pita kuning.

Tambah Gross lagi, punca dan cara kematian hanya akan ditentukan oleh pegawai perubatan serta kes itu dianggap sebagai ‘siasatan kematian’ yang diketuai oleh Peguam Daerah Suffulk, Rachel Rollins.

Bagaimanapun, pihak berkuasa merayu sesiapa saja yang mungkin menjadi saksi kejadian atau mempunyai apa saja maklumat agar tampil untuk membantu.