Seorang lelaki Brtish maut akibat sejumlah besar mercun meletup di bahagian mukanya selepas menyambut Tahun Baru pada tengah malam di Thailand.
Mangsa bernama, Gary McLAren, 50, terbunuh ketika menyambut Tahun Baru bersama tunangnya dan rakan yang lain di sebuah resort peranginan di Pattaya, Timur Thailand pada 31 Disember lalu.
Turut difahamkan, mangsa yang berasal dari Corby, Northamptonshire, cuba menyalakan sekeping tiub kaddbod berukuran 50 sentimeter yang padat berisi mercun sebelum melangkah keluar dari Bar Miami A Go Go.
Menurut saksi, semasa mangsa menghidupkan buat cubaan pertama, gagal, tetapi kali kedua tiub kadbod mula mengeluarkan asap. lantas , mercun tersebut meletup di mukanya lalu mangsa rebah ke tanah.
Polis dan pasukan perubatan dipanggil ke lokasi dan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
Satu rakaman video menunjukkan tunang McLaren, Jasmine menangis teresak-esak sambil memeluk mayat lelaki berkenaan.
Menurut laporan Berita Harian, Mangsa merupakan penuntut di Kolej Tresham berhampiran Kettering, sebelum berhijrah ke Thailand.
Bagaimanapun, Polis berkata bahawa Kedutaan Britain di Bangkok sudah dimaklumkan dengan kematian mangsa.