Sadis, Ibu Sumbat Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh Hanya Kerana Malu!

Akibat Kehamilan Tidak Diinginkan, Ibu Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh

Sutina, 36 tahun yang berasal dari Palembang, Indonesia telah hamil anak luar nikah bersama teman lelakinya Andi. Malang bagi wanita tersebut apabila Andi tidak mahu bertanggungjawab kepada ibu dan bayi yang dalam kandungan itu.

Dia yang mengenali teman lelakinya menerusi media sosial mengakui tidak mengetahui alamat lelaki tersebut. Walaupun setelah 8 bulan berkenalan, dia hanya mengetahui si lelaki bekerja di sebuah bengkel.

Selepas bayinya dilahirkan, Sutina yang berasa malu tidak mempunyai suami bertindak membalut anaknya dengan selimut dan menyembunyikan bayi itu dalam mesin basuh.

 

Sutina juga menjelaskan dia tidak berniat untuk membunuh bayinya dan hanya mahu meletak anak kecil itu di dalam mesin basuh untuk seketika. Namun perbuatannya diketahui apabila bayi tersebut ditemui oleh rakan sekerja yang mendengar tangisan bayi tersebut.

“Saya cuma letak baby dalam mesin basuh tetapi mesin tak dihidupkan. Saya balut dengan selimut kerana saya malu.”

“Pertama malu, takut orang tahu. Padahal saya memang sudah rancang mahu membawanya ke rumah anak yatim. Tiada niat nak membunuh,”

Malangnya anak kecil itu disahkan meninggal dunia selepas ditemui. Pihak berkuasa sedang melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. 
 
Sementara itu, suspek ditahan dan didakwa membunuh bayi di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan bersalah.