Pembunuh Bersiri Florida Dihukum Mati Dengan Suntikan Maut

Foto : outsourcingpharma

MIAMI – Seorang pembunuh bersiri yang mengaku bersalah membunuh isterinya dan seorang lagi wanita telah dihukum bunuh dengan suntikan maut di Florida pada Khamis.

James Barnes, 61, dihukum mati pada pukul 6:00 petang di Penjara Florida.

Barnes membunuh isterinya, Linda pada 1997, dan mengaku merogol dan membunuh Patricia Miller, seorang jururawat berusia 41 tahun pada pada 1988.

Dia dijatuhi hukuman mati pada 2007 kerana pembunuhan Miller.

Barnes telah ditemu bual oleh pengarah Jerman Werner Herzog untuk siri televisyen 2012 yang dipanggil “On Death Row” dan mengaku melakukan dua pembunuhan lain yang tidak dikenakan pertuduhan ke atasnya.

Pada penghujung Julai, Florida Conference of Catholic Bishops menggesa Gabenor Ron DeSantis untuk menahan hukuman mati Barnes.

“Ringkasnya, tiada siapa yang patut dihukum bunuh dalam sistem keseksaan moden kita, walaupun mereka dengan rela menerimanya.”menurut Florida Conference of Catholic Bishops.

DeSantis, calon untuk pencalonan presiden Republikan 2024, menandatangani waran kematian Barnes dan enggan menahan hukuman mati tersebut.

Barnes adalah banduan kelima yang dihukum mati di Florida pada 2023.

Terdapat 17 hukuman mati di Amerika Syarikat tahun ini. – AFP