BHUBANESWAR: Pihak berkuasa di sebuah negara di timur India akan mula membunuh ayam yang lemah dan telur mulai hari ini bagi membendung sejenis virus selesema burung baka H5N1, kata kenyataan rasmi kelmarin.
Sampel yang dikutip dari sebuah ladang pembiakan dan penyelidikan burung sebuah kolej veterinar di negeri Odisha didapati positif, kata kenyataan itu.
India menyaksikan hampir 6 wabak selesema burung pada haiwan burung sejak 2 dekad lalu, di mana semuanya dapat dikawal. Tiada kes melibatkan manusia dilaporkan di India sejak sekurang-kurangnya 2003.