Ketika kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang lain sibuk bermain anak patung, lain pula dengan kisah hidup Luana Ketlen.
Menjadi mangsa rogol bapanya sendiri ketika berumur 9 tahun, selepas empat tahun akhirnya Ketlen meninggal dunia selepas melahirkan anak.
Kejadian mengejutkan ini menurut Dailymail berlaku di Brazil, Ketlen yang meninggal pada 11 Disember lalu dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit di bahagian perut.
Bagaimanapun pemeriksaan menunjukkan gadis berusia 13 tahun itu sedang mengandung tujuh bulan.
Doktor membuat keputusan untuk mempercepatkan proses kelahiran dalam menyelamatkan ibu dan anak.
Walaupun Ketlen selamat melahirkan anak lelaki namun keadaannya semakin merosot sebelum meninggal.
Sementara itu polis terus mengeluarkan waran untuk memberkas bapanya, Tome Faba,36, yang sebelum itu sempat melarikan diri.
Muncul kali pertama di mahkamah pada 27 Disember lalu, Faba kini didakwa atas kesalahan membunuh dan mendera.
Sementara menurut laporan keluarga gadis ini lansung tidak mengetahui penderitaan yang dilalui Ketlen selama bertahun-tahun.
Sumber : DailyMail