Seorang pelajar warga Indonesia menerima hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Manchester selepas didapati bersalah terhadap lebih 150 tuduhan, termasuk 136 tuduhan rogol.
Lelaki yang dikenali sebagai Reynhard Sinaga, 36, ini dikatakan menyerang sebanyak 195 lelaki dengn cara mengajak mereka ke rumahnya dengan menawarkan tempat tinggal selain menyediakan minuman keras untuk memabukkan mangsa.
Sementara itu hakim Suzanne Goddard turut menggelarkan Reynhard yang berasal dari Jambi, Indonesia ini sebagai pemangsa seksuak yang jahat. Antara ciri mangsa yang selalu menjadi pilihannya adalah lelaki muda yang sedang mabuk selain turut menggunakan sedatif menyebabkan mangsanya tidak sedarkan diri sebelum merogol mereka.
Pada mulanya mangsanya tidak sedar akan kelakuan kejam Reynhard ini bagaimanapun kerja jahatnya ini terbongkar apabila salah seorang mangsanya tersedar.
menggambarkan lelaki yang berasal dari Jambi, Indonesia itu sebagai ‘pemangsa seksual yang jahat’ yang menjerat lelaki muda mabuk selain dia turut menggunakan sedatif menyebabkan mangsanya tidak sedarkan diri sebelum merogol mereka.
Sinaga disabitkan dengan 159 kesalahan, termasuk 136 kesalahan rogol dan lapan cubaan rogol.
Perbicaraan pertama bermula pada Jun 2018 dan yang terakhir tamat Disember lalu.