Bayi berusia satu hari antara mangsa jururawat “psiko”

Seorang jururawat di sebuah hospital yang terletak di utara Jerman baru-baru ini di tahan pihak berkuasa selepas meracun lima bayi pramatang termasuk bayi berusia satu hari dengan mencampurkan morfin dalam susu.

Bayi-bayi malang tersebut bagaimanapun dalam keadaan selamat kini. Menurut laporan kesemua bayi tersebut berada dalam satu bilik khas yang tiba-tiba menunjukkan simpton kesukaran bernafas pada masa yang sama.

Menurut ketua Polis Ulm, Bernhard Weber, mujur tindakan pantas kakitangan hospital lain menyelamatkan nyawa bayi-bayi tersebut. Melalui pemeriksaan doktor juga kesemua bayi itu tidak akan mengalami kesan jangka panjang.

Pendakwa raya Ulm, Christof Lehr, menjelaskan, jururawat muda yang tidak mengakui meracuni kesemua bayi itu sudah ditahan tetapi belum didakwa secara rasmi.

Jururawat ini akan berdepan lima pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan.