Bakal Mertua Dari Neraka, Bakar Hidup-Hidup Gadis Kerana Duit Hantaran Tidak Cukup

Seorang bakal mertua kepada gadis berusia 17 tahun di India baru-baru ini membakar bakal menantunya itu gara-gara keluarga gadis itu gagal memberikan wang hantaran perkahwinan sebanyak RM 3000.

Menerusi laporan Telegraph India, kejadian tersebut berlaku di Santirbazar Utara Tripura.

Menerusi laporan polis yang diambil, Anima Rudra Paul dan anaknya Ajoy Rudra Paul, 23, sudah bersetuju untuk berkahwin dengan Supriya Choudhury pada 11 Disember ini selepas bertunang 28 Oktober lalu.

Namun keluarga mangsa hanya mampu memberikan RM 1000 dari RM 3000 yang diminta membuatkan wanita itu berang.

Memberi amaran tidak akan menyerahkan Supriya kepada keluarganya jika tidak menuruti kemahuannya, wanita itu bagaimanapun membakar masa pada hari yang sama selepas mendapat duit tersebut.

Remaja itu melecur 90 peratus tubuhnya dan dikejarkan ke Hospital Govind Ballabh Pant di New Delhi, namun mangsa meninggal dunia keesokannya.

Sementara itu mangsa bukan sahaja di bakar tetapi juga di rogol selama dua bulan berada dengan keluarga bakal Mertuanya itu.

Difahamkan ketika Anima dan Ajoy berada di hospital, beberapa orang awam datang menyerang untuk membalas dendam. Namun menurut pihak polis kedua suspek itu kini berada di bawah tahanan pihak polis untuk siasatan.